Friday, August 3, 2018

Epilog Hati #1 - It's all part of Allah's Plan





Aku dah fed up!
Aku dah give up!
Aku dah bosan!

Kadang-kadang kita merasa 'down' apabila apa yang kita rancangkan tidak terjadi seperti yang kita kehendaki - failed! Apatah lagi apabila kegagalan itu berlaku disebabkan konflik dengan perangai manusia. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa menanam sifat positif serta juga mengawal emosi dan yang paling penting, kita perlu bersangka baik tentang perancangan Allah. Ya, apapun yang berlaku dalam kehidupan kita, baik atau buruk adalah dari keizinanNya.

Benci!
Marah!
Sedih!

Ini sebenarnya adalah bersifat sementara. Cuba kita meluahkan, mengadu segalanya pada Allah. Kita minta bantuan dan petunjukNya. Mungkin ada kekhilafan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Cuba renungkan kembali..

Akuilah juga kesilapan dan kelemahan kita. Luahkanlah segalanya kepadaNya dan menangislah semahunya sehingga kita berasa lega. Tetapi selepas itu, bangunlah dan kembali berhadapan dengan karenah manusia seperti beraninya Nabi Musa a.s bertemu dengan Firaun si raja yang zalim. Bangkitlah dengan senyuman ketika kita berdepan dengan mereka yang telah menyakiti hati, emosi tanpa setitis air mata lagi. Tanpa wajah yang sugul...

Pujuklah hati kita..

'Ujian demi ujian yang terjadi akan menjadikan aku lebih tabah, lebih kuat menghadapi rintangan mendatang'

Si Pemujuk Hati,

Sima Sidek

No comments:

Post a Comment