Sunday, May 27, 2018

Wanita & Kereta

Last weekend adalah hari yang memenatkan kerana tiba-tiba kereta breakdown ditepi jalan. Dah ler dengan ketika itu hujan dan demam. Suami masih bekerja dan berada di Subang Jaya. Nasib baik ada beberapa orang yang sudi membantu. Terima kasih banyak-banyak yea kepada saudara-saudara yang berhati emas. Apabila diperiksa, rupa-rupanya minyak hitam kereta kering. Aduhaiii. Inilah kesan apabila cuma tahu drive kereta tetapi tidak mahu ambil tahu pasal penyelenggaraan kereta. But sometimes the most important life lessons are the ones we end up learning the hard way.




Apa yang perlu ditukar masa servis kereta :
1) Minyak Hitam (Engine Oil) - Bengkel guna NASA VR8 10W30 3 Litre not sure either sintetic or semi sintetic
2) Oil Filter – sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa – 5000km
Minyak Synthetic – 7500km hingga 10000km
3).ATF – Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang guna kereta AUTO. Ada terbaca dalam blog, setiap 20,000km kena tukar. Tapi boleh extend hingga 30,000km kepada mereka yang hendak jimat. Minyak ATF ini memang penting ditukar, jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) boleh menyebabkan kerosakan kepada AUTO gearbox yang perlu perbelanjaan yang besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tidak perlu Transmission Flush seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 liter. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang membuat servis. Caj sekitar RM200 ++. 
4) AGI Kelisa AF1203 - lupa nak tanya apa benda ini...
5) 165/55*14 (S/H) - Tayar 2nd hand atau tayar terpakai tetapi bunga masih tebal lagi. Hendak beli tayar baru, budget kena ada lebih.
6) Bateri kereta – 18 bulan ~ 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan. Tetapi kalau selalu masukkan air bateri, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering, 6 bulan pun bateri sudah tidak boleh digunakan lagi. Jenis 'Free maintenance battery' lain pula, tidak perlu top up air tetapi harga lebih mahal dari bateri biasa. 
Info yang lain berkaitan penyelenggaraan kereta dari blog www.zakizakirin.wordpress.com :
1) Spark plug – 20,000 km ikut schedule maintenance book
Tetapi boleh guna sehingga 30k-40k dan jika lebih 40k tidak tukar, electrode pun dah nipis, elok tukar.
2) Timing Belt – 60,000km untuk kereta jenama proton.  Boleh tahan sehingga 90,000km dan Honda CRV boleh tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini ikut jenis kereta.
3) Clutch Plate – clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman blogger, dia hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan. 
4) Fuel Filter – perlu ditukar sekitar 40,000km sekali. 
5) Air Filter atau Filter Udara – perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi, pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ini tidak perlu ditukar tetapi boleh dibersihkan.
6) Gear Oil – untuk pemilik kereta manual, tidak perlu guna ATF tetapi sebaliknya menggunakan Gear Oil. Benda ini boleh ditukar 60,000km sekali.
7) Brake Fluid dan Power Steering Fluid – Kalau boleh flush keluar dan ganti baru setiap 60,000 km. 
8) Radiator Coolant - Harga dalam RM8-RM15 sebotol. Selalunya berwarna hijau. Dalam 60,000km boleh ditukar sekali. Tetapi kalau air radiator itu berwarna jernih sahaja, kemungkinan air paip biasa digunakan. Apabila menggunakan coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tidak mudah mendidih.
9) Air-Cond Belt/ Alternator Belt – Belt-belt ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt (Andai terlupa tukar sewaktu servis sebelum ini). Belt Air-Cond dan juga Alternator belt mudah dikenal pasti bila perlu ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ini terletak diluar dan jelas kelihatan. Kalau bahagian “ribs”nya sudah ”crack” yang halus, eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru kita hendak menukar belt-belt ini. Akhir sekali, maintenance schedule yang ikut “km” atau masa”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ini, dapat memudahkan pemilik kereta melakukan penyelengaraan atau “preventive maintenance”. Selepas membuat servis, mekanik akan menampal sticker kecil di bahagian cermin pemandu untuk dibuat rujukan bagi penyelenggaraan akan datang.
Ladies driver,
Cik Sima Sidek

Siapa yang bersalin Caesarian?

Saya hendak berkongsi mengenai pengalaman bersalin ketiga-tiga cahayamata secara Clasical Ceasarian (pembedahan secara menegak).

Walaupun dah berbelas tahun berlalu tetapi ingatan ketika dibilik pembedahan masih boleh terbayang...

" Puan peluk bantal kuat-kuat dan tunduk sehabis mungkin yea." Sebelum doktor bius melakukan Epidural Injection. Baca surah-surah & berdoa banyak-banyak. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu, berserah segala-galanya kepadaNya. Dengan keadaan bilik pembedahan yang sejuk beku, mengigil, bergetar lutut, rasa macam nak lari sebab takut. Macam-macam terlintas difikiran, besar mana jarum yang digunakan.. Tapi demi zuriat buat suami, demi keselamatan anak, perlu diharungi jua. 




Saya ada terbaca di FB Dr Imelda :
Hanya ada 5 perkara mengikut garis panduan antarabangsa dimana doktor akan kata anda tidak dibenarkan melahirkan anak secara normal untuk keselamatan ibu :

1) Placenta praevia
    Kedudukan uri dipangkal rahim. Risiko pendarahan ibu boleh menyebabkan kematian.
2) Pernah mendapat Clasical Caesar
    Pembedahan caesar atau pembedahan lain (contoh: Cornual Ectopic) yang dibuat dibahagian atas rahim,
    bukan dibahagian bawah rahim. Risiko rahim pecah semasa kelahiran dimasa depan sangat tinggi.
3) Pelvic Obstruction
    Terdapat halangan dipangkal rahim seperti ketumbuhan atau fibroid besar.
    Risiko rahim pecah sangat tinggi kerana obstructed labour
4) Transverse Lie
    Janin yang kedudukan melintang. Risiko rahim pecah juga tinggi kerana obstructed labour
5) Pernah mendapat 3 atau lebih pembedahan caesar
    Risiko rahim pecah tinggi
Selain itu, sebab yang lain perlu dibincang dengan doktor sebelum membuat keputusan apakah risiko anda. Setiap ibu dan janin mempunyai risiko yang berlainan...
(sumber artikel: FB Prof. Dr. Imelda, Pakar Perunding Maternal & Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya)
   
Sima Sidek
Ibu kepada 3 cahayamata

Thursday, May 24, 2018

Salam Ukhwah

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga saya meluangkan masa untuk menaip tugasan pertama yang diberikan oleh Puan Cikgu Masayu Ahmad. Walaupun pada mulanya, domain blog yang saya pilih ialah www.simasidek.blogspot.com tetapi kerana ada sedikit pembetulan, saya dengan yakinnya menekan 'permanently delete a blog'. Apabila menyedari kesilapan, domain blog www.simasidek.blogspot.com tidak dapat digunakan lagi. Namun, saya menganggap ini adalah antara cabaran pertama sebagai newbie blogger. Selain perlu mencari ruang masa untuk menulis blog ini, keutamaan yang utama adalah menyiapkan tugasan entri pertama seperti yang telah saya janjikan pada Cikgu Masayu.

Selamat berkenalan warga ABDR. Biar saya memperkenalkan diri dulu. Nama penuh saya ialah Noorsimahidayu binti Sidek atau panggilan keluarga iaitu Angah atau Ayu, tetapi dikalangan rakan-rakan dipanggil Sima (and i prefer to call Sima). Namun empunya diri tidak sepanjang namanya. Saya dilahirkan di Kg. Kuala Pahang, Pekan, Pahang pada 02 Oktober 1970an dan merupakan anak kedua dari empat adik beradik.
.

Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Nenasi dari tahun 1985 hingga 1990. Ayah merupakan seorang pegawai kerajaan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ibu adalah surirumah sepenuh masa.
Saya menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Rompin dari tahun 1991 hingga 1995. Kuala Rompin adalah sebuah pekan yang terkenal dengan udang galah. Membesar di perkampungan nelayan meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman yang berharga.



Kemudian ayah ditukarkan ke Kuantan pada tahun 1996 dan saya juga meneruskan pengajian di tingkatan enam selama dua tahun di Methodist Secondary High School (MGSS) Kuantan.

Melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati ketika berumur 21 tahun. Alhamdulillah, hasil perkongsian hidup kami selama 18 tahun, saya telah dianugerahkan 3 orang cahayamata.

Saya telah mengikuti pengajian Executive Diploma In Office Management and Personnel di UMCCED pada tahun 2011 dan kerana minat untuk menjalankan perniagaan, saya telah mengikuti program Professional Diploma In Business Marketing di Open University pada tahun 2013.

Dari seorang pembantu klinik swasta secara sambilan ke jawatan kerani dan sekarang merupakan seorang eksekutif di syarikat swasta. Semoga impian cik Sima untuk menceburi bidang perniagaan sepenuh masa akan tercapai suatu hari nanti. InshaaAllah.

Salam Ukhwah,

Cik Sima Sidek