Thursday, May 24, 2018

Salam Ukhwah

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga saya meluangkan masa untuk menaip tugasan pertama yang diberikan oleh Puan Cikgu Masayu Ahmad. Walaupun pada mulanya, domain blog yang saya pilih ialah www.simasidek.blogspot.com tetapi kerana ada sedikit pembetulan, saya dengan yakinnya menekan 'permanently delete a blog'. Apabila menyedari kesilapan, domain blog www.simasidek.blogspot.com tidak dapat digunakan lagi. Namun, saya menganggap ini adalah antara cabaran pertama sebagai newbie blogger. Selain perlu mencari ruang masa untuk menulis blog ini, keutamaan yang utama adalah menyiapkan tugasan entri pertama seperti yang telah saya janjikan pada Cikgu Masayu.

Selamat berkenalan warga ABDR. Biar saya memperkenalkan diri dulu. Nama penuh saya ialah Noorsimahidayu binti Sidek atau panggilan keluarga iaitu Angah atau Ayu, tetapi dikalangan rakan-rakan dipanggil Sima (and i prefer to call Sima). Namun empunya diri tidak sepanjang namanya. Saya dilahirkan di Kg. Kuala Pahang, Pekan, Pahang pada 02 Oktober 1970an dan merupakan anak kedua dari empat adik beradik.
.

Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Nenasi dari tahun 1985 hingga 1990. Ayah merupakan seorang pegawai kerajaan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ibu adalah surirumah sepenuh masa.
Saya menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Rompin dari tahun 1991 hingga 1995. Kuala Rompin adalah sebuah pekan yang terkenal dengan udang galah. Membesar di perkampungan nelayan meninggalkan banyak kenangan dan pengalaman yang berharga.



Kemudian ayah ditukarkan ke Kuantan pada tahun 1996 dan saya juga meneruskan pengajian di tingkatan enam selama dua tahun di Methodist Secondary High School (MGSS) Kuantan.

Melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati ketika berumur 21 tahun. Alhamdulillah, hasil perkongsian hidup kami selama 18 tahun, saya telah dianugerahkan 3 orang cahayamata.

Saya telah mengikuti pengajian Executive Diploma In Office Management and Personnel di UMCCED pada tahun 2011 dan kerana minat untuk menjalankan perniagaan, saya telah mengikuti program Professional Diploma In Business Marketing di Open University pada tahun 2013.

Dari seorang pembantu klinik swasta secara sambilan ke jawatan kerani dan sekarang merupakan seorang eksekutif di syarikat swasta. Semoga impian cik Sima untuk menceburi bidang perniagaan sepenuh masa akan tercapai suatu hari nanti. InshaaAllah.

Salam Ukhwah,

Cik Sima Sidek









No comments:

Post a Comment