Semestinya ada yang memilih untuk menikmati telur setengah masak untuk bersarapan pagi. Diet telur setengah masak dianggap sebagai menu sihat terutamanya untuk bersarapan pagi kerana kandungan nutrisi yang tinggi. Sebab itu, diet ini dapat memenuhi keperluan energi yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti seharian.
Saya ingin berkongsi tips untuk membuat telur masak separuh yang sempurna seperti di kopitiam atau kedai mamak. Telur pilihan saya ialah telur ayam kampung.
1) Telur mestilah didalam keadaan suhu bilik (room temperature). Kalau telur yang disimpan dalam peti sejuk, kena keluakan dahulu dan biarkan untuk beberapa seketika.
2) Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih dan pastikan anggaran air dapat menenggelamkan telur. Tutup api.
3) Masukkan telur ke dalam periuk tadi dan setkan 7 minit.
4) Setelah 7 minit, keluarkan ke dalam bekas lain.
Dah siap untuk dimakan.
terima kasih untk recepi
ReplyDelete