Monday, November 26, 2018

Masa untuk Diri Sendiri




Tugas yang digalas sebagai seorang isteri dan ibu adalah sepenuh masa, tanpa cuti dan tanpa henti. Beliaulah juga chef, jururawat, kaunselor, pendidik dan sebagainya demi anak-anak terutamanya. Tetapi sebagai seorang isteri dan ibu, sebenarnya kita juga memerlukan masa untuk diluangkan untuk diri sendiri. Menjadi isteri dan ibu bukan bebanan tetapi ada ketikanya akan rasa tertekan dengan pelbagai masalah ditempat kerja untuk yang berkejaya dan juga mungkin berkaitan isu rumah tangga. Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit.

Cadangan "Me Time" yang boleh di cuba :

1) Bercuti bersama rakan wanita

2) Kelas memasak

3) Shopping

4) Gimnasium

Waktu untuk diri sendiri bukan bermaksud melarikan diri dari tanggungjawab atau tugas tetapi sebenarnya untuk berehat seketika, meningkatkan kemahiran diri dan menghargai tugas seorang isteri dan ibu.

No comments:

Post a Comment